Saturday, May 29, 2010

CERAMAH BULANAN / PERDANA




***************
*********************

CERAMAH BULANAN

*********************
****************

TERIKH : 05 OGOS 2010

HARI : KHAMIS

MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

PENCERAMAH : USTAZ HASRIZAL BIN ABDUL JAMIL
(SAIFUL ISLAM . COM)

TAJUK :
SAMBUTAN RAMADHAN / UMUM


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DAN MAKLUMKAN KEPADA JIRAN-JIRAN

BERSAMA-SAMA KITA MAKMURKAN RUMAH ALLAH
DAN
MENGHIDUPKAN HATI DENGAN MENGINGATI ALLAH

Thursday, May 27, 2010

Rahsia Khusyu' Dalam Solat

MENGKHUSYUKKAN SEMBAHYANG

Antara perkara-perkara yang perlu ditekankan dalam mengkhusukkan sembahyang ialah :

  1. Menjaga makan minum dan memastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhkan makanan yang syubhat.
  2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada fakir miskin.
  3. jangan menahan membuang air besar mahupun air kecil dan hendaklah diselesaikan terlebih dahulu.
  4. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata ke semua bahagian anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui tiap-tiap anggota tersebut.
  5. Memakai pakaian yang bersih legi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.
  6. Sentiasa sembahyang diawal waktu (melainkan ada majlis atau zikir.
  7. Memastikan di bahagian tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menyebabkan fikiran dan hati terganggu.
  8. Bannyak mengingati mati dan mengganggap sembahyang yang dilakukan adalah sembahyang yang terakhir sekali dalam hidupnya.
  9. Menyedari hakikat bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  10. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat gerak geri kita.
  11. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat al-Quran dan segala zikir.
  12. Sebelum mengangkat takbiratul ihram hendaklah membaca surah al-Nas, Selawat ke atas Nabi SAW, beristighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan dari gangguan syaitan.
  13. Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam sembahyang.
  14. Memusatkan seluruh ingatan pada sembahyang dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk dan sujud.
  15. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau di persekitaran sembahyang.
  16. Tidak memandang ke kiri atau kanan sebaliknya memandang ke tempat sujud.

Jadual Kuliah Bulanan - Mei 2010


*klik jadual untuk paparan terbaik

Kebenaran Solat Jumaat di Surau Ar Raudhah, Taman Widuri BB3

Surat kebenaran untuk mendirikan Solat Jumaat di Surau Ar Raudhah Taman Widuri Bukit Beruntung 3 telah dikeluarkan oleh Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Oleh itu solat Jumaat akan mula diadakan di surau tersebut pada 11 Jun 2010.

Datanglah beramai-ramai dan tunaikan kewajipan kepada Ilahi.

Jangan Bersedih Wahai Saudaaraku

Senang, bahagia, suka cita, sedih, kecewa dan duka cita adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Ketika mendapatkan sesuatu yang menggembirakan dari kesenangan-kesenangan duniawi maka dia akan senang dan gembira. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diinginkan maka dia merasa sedih dan kecewa bahkan kadang-kadang sampai putus asa.


Akan tetapi sebenarnya bagi seorang mukmin, semua perkaranya adalah baik. Hal ini diterangkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sungguh menakjubkan perkaranya orang mukmin. Sesungguhnya semua perkaranya adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorangpun kecuali oleh orang mukmin. Jika dia diberi kenikmatan/kesenangan, dia bersyukur maka jadilah ini sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya jika dia ditimpa musibah (sesuatu yang tidak menyenangkan), dia bersabar, maka ini juga menjadi kebaikan baginya.” (HR. Muslim no.2999 dari Shuhaib radhiyallahu ‘anhu)

Jangan Sedih ketika Tidak Dapat Dunia

Wahai saudaraku, ingatlah bahwa seluruh manusia telah Allah tentukan rezekinya -termasuk juga jodohnya-, ajalnya, amalannya, bahagia atau pun sengsaranya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya salah seorang dari kalian dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah (air mani) kemudian berbentuk segumpal darah dalam waktu yang sama lalu menjadi segumpal daging dalam waktu yang sama pula. Kemudian diutus seorang malaikat kepadanya lalu ditiupkan ruh padanya dan diperintahkan dengan empat kalimat/perkara: ditentukan rezekinya, ajalnya, amalannya, sengsara atau bahagianya.” (HR. Al-Bukhariy no.3208 dan Muslim no.2643 dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)


Tidaklah sesuatu menimpa pada kita kecuali telah Allah taqdirkan. Allah Ta’ala berfirman: “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kalian jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kalian, dan supaya kalian jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kalian. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, (iaitu) orang-orang yang kikir dan menyuruh manusia berbuat kikir. Dan barangsiapa yang berpaling (dari perintah-perintah Allah) maka sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Al-Hadiid:22-24)


Kalau kita merasa betapa sulitnya mencari penghidupan dan dalam menjalani hidup ini, maka ingatlah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Tiada suatu amalan pun yang mendekatkan ke surga kecuali aku telah perintahkan kalian dengannya dan tiada suatu amalan pun yang mendekatkan ke neraka kecuali aku telah larang kalian darinya. Sungguh salah seorang di antara kalian tidak akan lambat rizkinya. Sesungguhnya Jibril telah menyampaikan pada hatiku bahwa salah seorang dari kalian tidak akan keluar dari dunia (meninggal dunia) sampai disempurnakan rizkinya. Maka bertakwalah kepada Allah wahai manusia dan perbaguslah dalam mencari rizki. Maka apabila salah seorang di antara kalian merasa/menganggap bahwa rizkinya lambat maka janganlah mencarinya dengan bermaksiat kepada Allah karena sesungguhnya keutamaan/karunia Allah tidak akan didapat dengan maksiat.” (Shahih, HR. Al-Hakim no.2136 dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)

Maka berusahalah beramal/beribadah dengan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan jangan membuat perkara baru dalam agama (baca:bid’ah).

Template by:
Free Blog Templates